LIGA INGGERIS
Gerrard yakin kemampuan Liverpool musim depan
Bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard, percaya bahawa kejayaan akan muncul jika mereka berjaya memperbaiki rekod pertemuan ketika menentang pasukan bawahan liga.
Skuad kendalian Jurgen Klopp menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2016/17 di tangga keempat, 17 mata di belakang juara, Chelsea.
Mereka mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika menentang pencabar liga apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua pertemuan dengan enam pasukan teratas dan Gerrard yakin mereka kini berada di landasan terbaik untuk meraih kejayaan.
Iklan
“Kami memiliki pengurus yang hebat.
“Saya rasa Liverpool semakin menghampirinya (kejuaraan),” ujar Gerrard.
Pemain-pemain sedar mereka perlu meningkatkan konsistensi menentang pasukan yang mungkin berada di pertengahan dan bawahan liga.
“Saya mengharapkan masalah tersebut dapat diatasi dan yakin kini Liverpool akan terus mara dalam usaha mencapai kejayaan,” kata Gerrard.
Must-Watch Video