Pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir, enggan melihat situasi suku akhir Piala FA menghantui pasukannya selepas kini di kedudukan selesa untuk menjejak kaki ke pentas final buat kali pertama sejak 2009.
Gergasi Merah mempamerkan antara aksi terbaik musim ini selepas membelasah PKNS FC 4-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Cheras, malam tadi.
Keputusan memukau itu dibantu oleh hatrik tonggak importnya, Rufino Segovia, yang kekal di kemuncak prestasi dengan lapan gol sepanjang kempen Piala FA musim ini.
Begitupun, Nazliazmi menyedari situasi ini sudahpun berlaku di peringkat suku akhir lalu yang menyaksikan mereka menang selesa dalam aksi pertama berdepan Kuala Lumpur sebelum longlai dalam perlawanan timbal balik.
Lantaran itu, dia tidak rela perkara sama berulang dan menuntut pemain supaya fokus kerana ini peluang terbaik skuad Gergasi Merah untuk meraih trofi musim ini.
"Jurang permainan di antara kedua-dua pasukan tidak jauh.
"Saya menjangkakan aksi timbal balik di Stadium Shah Alam nanti pasti lebih sengit.
"Dalam masa sama, kami perlu bijak dan menggunakan peluang yang ada kerana gol di tempat lawan boleh membantu pasukan layak ke perlawanan akhir," katanya.
Dalam pada itu, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal, mengakui persembahan anak didiknya tidak seperti yang diharapkan selepas mudah dibolosi lawan dalam setiap babak.
Bagaimanapun, dia tetap mengharapkan keputusan positif dalam aksi timbal balik nanti bagi melonjakkan kembali moral pasukan dengan berkata: "Penting untuk kami bangkit dengan keyakinan dan mentaliti (mahu menang).
"Saingan Liga Super masih lagi berbaki selain saingan Piala Malaysia."