Jurulatih Rennes, Bruno Genesio, tidak menafikan laporan bahawa pemain Barcelona, Samuel Umtiti, berkemungkinan akan menyertai pasukannya, sambil melabel pemain bintang itu sebagai "pemain di tahap tinggi".
Pasukan Ligue 1 itu kini sedang hangat dikaitkan untuk mendapatkan pemain kebangsaan Perancis berkenaan, yang melewati musim 2021-22 dengan hambar di Camp Nou gara-gara kecederaan.
Selepas Rennes layak menyertai Liga Europa musim depan, Genesio perlu memperkuatkan pasukannya dan pemain yang juga pemenang Piala Dunia, Umtiti -- yang pernah dilatihnya sewaktu di Lyon -- kelihatan amat sesuai dengan misi berkenaan.
"Sam seorang pemain yang saya amat-amat kenal, Saya pernah melatihnya sewaktu remaja dan kemudian dalam pasukan Utama Lyon. Ia membina hubungan kami.
"Anda semua tahu sejarahnya, kualitinya dan kemerosotan yang dialaminya tahun lalu.
"Tetapi dia masih pemain di tahap tinggi dan kami amat berminat dengan pemain di tahap tinggi," katanya.