BOLA SEPAK

Gempa Bumi Turkiye-Syria: Penjaga gol kebangsaan antara meninggal dunia

Shaiful Shamsudin 08/02/2023 | 20:19 MYT
Penjaga gol Turki, Ahmet Eyup Turkaslan, meninggal dunia dalam gempa bumi yang melanda negaranya kelmarin dan berita itu disahkan kelab Yeni Malatyaspor.
Pemain berusia 28 tahun itu sempat beraksi sebanyak enam kali bersama Yeni Malatyaspor dan pernah mewakili kelab Turki seperti Umraniyespor, Osmanlispor, Bugsasspor dan Gaziantepspor.
Kelab divisyen dua, Malatyaspor, mengumumkan insiden yang menimpa itu Turkaslan dalam satu cuapan di Twitter malam tadi.
"Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan, kehilangan nyawanya selepas ditimpa runtuhan gempa bumi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Berehatlah dengan tenang," kata kelab itu.
"Kami tidak akan melupakan awak, insan yang indah."
Bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton, Yannick Bolasie, yang kini dipinjamkan di divisyen dua Turki dengan Caykur Rizespor antara yang memberi penghormatan buat Turkaslan.
"Bersemadilah saudaraku, Eyup Ahmet Turkaslan," tulisnya di Twitter.
"Selepas berjumpa seseorang di bilik persalinaan, (siapa sangka) pada saat berikutnya mereka telah pergi."
Lebih 7,800 orang maut di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi yang melanda awal minggu ini.
Bekas pemain sayap Ghana dan Newcastle United, Christian Atsu, yang bermain untuk pasukan Super Lig Hatayspor, telah ditarik hidup-hidup dalam runtuhan di kediaman yang didudukinya.
Kesemua perlawanan bola sepak di Turkiye telah ditangguhkan selama-lamanya di tengah-tengah krisis kemanusiaan itu.
#Ahmet Eyup Turkaslan #Gempa Bumi Turkiye-Syria
;