Franck Ribery membandingkan Sebastian Rudy dengan bintang Real Madrid, Toni Kroos, selepas pemain itu mempamerkan permulaan cemerlang bersama Bayern Munich.
Rudy, yang menyertai secara percuma pada Julai lalu selepas kontraknya bersama Hoffenheim tamat, memberikan persembahan yang cemerlang bersama Bayern ketika ketiadaan Xabi Alonso yang telah bersara.
Pemain berusia 27 tahun itu melakukan hantaran untuk jaringan pembukaan Niklas Sule ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Bayer Leverkusen dan membantu pasukan meraih kemenangan 5-0 ke atas Chemnitzer dalam saingan DFB-Pokal, dan melakar kemenangan ke atas Borussia Dortmund untuk meraih gelaran Piala Super-DFL.
Ribery percaya Rudy telah membawa kualiti yang memiliki persamaan dengan Kroos yang banyak meraih kejayaan bersama Bayern sebelum menyertai Real pada 2014.
"Dia adalah seorang yang pemain yang berkualiti, tidak gentar beraksi di atas padang," kata Ribery.
"Rudy hampir sama seperti Kroos, gaya permainan mereka memiliki persamaan."