Pihak kelab Barcelona mengesahkan bintang Barcelona dan Sepanyol itu sah mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Pemain tengah Barcelona berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Georgia pada Ahad dan dikeluarkan seawal 25 minit perlawanan.
Barcelona, dalam satu kenyataan berkata bahawa imbasan MRI yang telah dilakukan pada pagi Isnin menunjukkan dia mempunyai 'koyak lengkap ACL di lutut kanannya dan kecederaan di bahagian meniskus'.
Kecederaan yang dialaminya itu merupakan suatu tamparan hebat buat kelab Barcelona, yang kini berada di kedudukan ketiga LaLiga.
Gavi juga telah membuktikan dirinya sebagai pemain utama skuad itu sejak membuat penampilan sulung seawal usia 17 tahun pada Ogos 2021, dan telah membuat sebanyak 111 penampilan bersama.
Dia antara yang membantu Barcelona menjuarai liga musim lalu dan telah beraksi sebanyak 15 kali untuk musim ini.
Sepanyol bagaimanapun berjaya menewaskan Georgia 3-1 dan Ferran Torres meraikan jaringan golnya pada separuh masa kedua dengan memegang baju Gavi.
Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente menyifatkan kemenangan itu sebagai 'pahit manis'.
Dia berkata: "Ia adalah satu kemenangan paling pahit yang pernah saya alami. Setakat yang pernah saya alami, ini adalah paling sukar untuk menerima dengan pemain paling penting seperti Gavi mengalami kecederaan seperti itu.
"Ia adalah saat yang sukar bagi semua.
Fatin Ruzaiman
Tue Nov 21 2023
