Pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso, memberi amaran kepada anak-anak buahnya untuk tidak melakukan kesilapan menjelang aksi bertemu Napoli bagi saingan Serie A, malam ini.
Impian Napoli untuk menjulang kejuaraan Scudetto semakin samar kebelakangan ini tetapi mereka tetap memiliki peluang untuk menghalang Juventus mempertahankan status juara liga apabila dibezakan dengan empat mata ketika saingan berbaki tujuh perlawanan.
Gattuso yang ditemui ketika sidang media bagi aksi di San Siro itu tanpa berselindung menyatakan rasa kagum terhadap pasukan bimbingan Maurizio Sarri itu.
“Napoli sangat bagus dalam melakukan hantaran dan mengekalkan penguasaan. Mereka tahu bila detik yang tepat untuk menyerang,” kata Gattuso.
“Barisan pertahanan mereka juga beraksi dengan baik, terutama ketika memegang bola. Jika kami melakukan satu kesilapan, kami pasti akan menyesalinya.”
Dalam masa sama, Milan yang kini menduduki tangga keenam liga bakal berdepan Pepe Reina, penjaga gol yang bakal menuju pengakhiran kontrak sebaik sahaja tamat kempen 2017/18 dan disahkan pada minggu lalu berada dalam senarai pemain yang dikehendaki Rossoneri untuk saingan musim depan.
“Saya tidak peduli. Saya hanya memikirkan Gianluigi Donnarumma dan pemain-pemain yang berada dalam skuad saya.
“Reina mewakili Napoli. Jika dia tiba di sini, kami akan menerimanya dengan tangan terbuka tetapi kini, kami hanya fokus kepada aksi sendiri,” tambah Gattuso.