AC MILAN 0 NAPOLI 0
Gennaro Gattuso tidak akan menggandingkan Krzysztof Piatek dengan Patrick Cutrone meskipun jentera serangan AC Milan tumpul ketika menghadapi Napoli.
Rossoneri kemarau jaringan buat kali kelima dalam tujuh perlawanan terakhir selepas terikat 0-0 dengan pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu di San Siro, awal pagi tadi.
Piatek yang baru tiba dari Genoa minggu ini dengan yuran €35 juta (RM164.5j), tampil dari bangku simpanan untuk menggantikan Cutrone selepas 71 minit perlawanan tetapi peluang yang dimilikinya dinafikan David Ospina.
Walaupun pasukannya seri tanpa jaringan buat kali ketiga dalam empat perlawanan liga di tempat sendiri, Gattuso belum bersedia untuk mengorbankan pemain tengah dalam usaha menguatkan jentera tengah.
"Ya, tetapi bukan sekarang," katanya kepada DAZN apabila ditanya sama ada Piatek dan Cutrone boleh bergandingan. "Saya tidak suka meletakkan empat pemain di bahagian tengah. Anda berisiko kehilangan ruang yang terlalu banyak.
"Buat masa ini, mereka tidak akan bermain bersama kerana akan ada masalah untuk mendapatkan keseimbangan dalam pasukan. Apabila kami menggunakan dua penyerang, kami tidak begitu seimbang."
Begitupun, Gattuso berpuas hati dengan keputusan yang diraih meskipun kecewa dengan beberapa corak serangan Milan di kubu lawan.
"Kami menentang sebuah pasukan hebat dan beraksi dengan baik dalam babak pertama biarpun kami buntu di depan pintu gol," katanya.
"Napoli merupakan lawan yang akan sentiasa ingin merampas bola dan memberikan tekanan. Kami diasak hebat dalam babak kedua dan pemain saya bergelut dengan keletihan, namun saya gembira dengan satu mata yang diraih.
"Kami sering buntu di kawasan lawan. Kami membuat hantaran yang silap yang merupakan masalah sebenar kami. Kami perlu bekerja keras untuk mengatasinya ketika di dalam sesi latihan."