EPL
Gary Cahill temui penyokong Chelsea di Malaysia, cuba makan durian



Bekas kapten Chelsea, Gary Cahill, berasa teruja berpeluang kembali ke Malaysia buat kali kedua sejak 2013 untuk menghadiri sebuah acara bersama penyokong pasukan itu yang berlangsung di Ibu Kota untuk berkongsi pengalamannya ketika beraksi buat pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Cahill turut berkongsikan dia turut mencuba makanan tempatan seperti Durian, dengan dia berasa Malaysia dalam keadaan berbeza sejak kali pertama dating suatu Ketika dahulu.
"Ini kali kedua saya datang ke Malaysia sejak 2013, saya masih beraksi ketika datang ke Malaysia waktu itu untuk melalui aksi pramusim. Kini sudah berbeza.
"Saya sudah mencuba makanan tempatan seperti durian iaitu raja buah, ia pengalaman yang bagus dan berbeza.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Acara The Famous CFC untuk berinteraksi dengan penyokong kerana banyak penyokong Chelsea di Malaysia juga. Saya menikmati acara ini dimana berkongsi mengenai bola sepak, saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Chelsea.
"Sebelum Hari Krismas cuti melakukan dengan baik dari masa ke semasa, saya melihat progres itu. Saya memilih Cole Palmer (pemain terbaik), dia memberikan kesan baik Ketika perlawanan, dia pemain yang sangant berbakat." katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Untuk rekod, bekas pemain kebangsaan England itu telah beraksi sebanyak 290 perlawanan dan telah menyumbangkan 25 gol serta enam bantuan jaringan sepanjang kariernya bersama Chelsea,