Skip to main content

Bola Sepak

Garnacho, Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

garnachoonana.jpg
Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim. 

Menerusi temu bual bersama Stadiumastro, penjaga gol kebangsaan Cameroon itu turut bersimpati dan merakamkan rasa hiba dengan kejadian yang menimpa pemain Selangor itu. 

"Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.

"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini," katanya. 
 
Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu dimasukkan ke hospital akibat disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Damansara, Ahad lalu. 

Advertisement

Must Watch Video