Pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, menyambut baik spekulasi perpindahan dua pemain Harimau Malaya ke dalam skuad Warga Kota itu menjelang musim baru Liga Malaysia.
Ia membabitkan penyerang, Safawi Rasid, dan pemain tengah, Syamer Kutty Abba, yang dikhabarkan akan menyertai The City Boys secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Gallifuoco percaya dua pemain itu mampu memberikan kekuatan berbeza kepada pasukannya berdasarkan kehebatan kedua-dua mereka sebagai pemain tempatan berporfil tinggi.
Selain Safawi dan Syamer, juara Piala Malaysia 2021 itu juga bakal diperkuatkan beberapa pemain Sri Pahang, iaitu Adam Nor Azlin, Syazwan Andik Ishak dan Manuel Hidalgo.
Malah, mereka juga akan dibimbing pengendali baru dari Serbia, iaitu Risto Vidakovic.
"Saya harap mereka akan menyertai kami. Kesemua mereka pemain yang amat bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya rasa ketiga-tiga mereka tahu betapa saya memandang tinggi mereka.
"Syamir Kutty pemain yang amat bagus, begitu juga Hidalgo. Saya tidak perlu bercakap banyak mengenai Safawi. Semua di negara ini tahu betapa bagusnya dia.
"Sejujurnya saya tidak tahu seberapa jauh kebenarannya kerana kami masih belum memulakan pramusim dan saya masih belum dapat berkomunikasi dengan ketua jurulatih kami.
"Jadi, saya tidak tahu siapa yang akan dibawa masuk tetapi mendengar perkhabaran seperti ini membuatkan saya teruja.
"Saya gemar bermain dengan pemain yang bagus. Saya hanya mahukan KL City menjadi pasukan yang lebih kuat.
"Saya harap perkhabaran ini benar dan buat mereka, ayuh datang ke sini. Kami amat gembira dengan kehadiran anda," katanya.