SERIE A

Galatasaray setuju tamatkan kontrak Sneijder lebih awal

Penulis Jemputan 14/07/2017 | 23:27 MYT
Wesley Sneijder meninggalkan Galatasaray dalam tahun terakhir kontraknya setelah mencapai kata persetujuan dengan kelab Turki itu.
Ejen Sneijder, Guido Albers, memberi isyarat pada bulan lalu bahawa bekas perancang Real Madrid dan Inter Milan itu ingin kembali ke Serie A, dengan Sampdoria dilaporkan menjadi pilihan ideal.
Pemain berusia 33 tahun itu juga dikaitkan ke Los Angeles FC yang akan bersaing dalam Liga Bolasepak Utama (MLS) pada 2018.
Sneijder akan dikecualikan daripada dikenakan harga siling gaji sekirannya dia bersetuju ke MLS sambil membayar pampasan berjumlah EUR4.5 juta (RM22j) kepada kelab Lig Super Turki itu.
Galatasaray mengesahkan dalam satu kenyataaan jika Sneijder menyertai sebarang kelab di Turki dalam tempoh tiga tahun ini, dia perlu membayar pampasan EUR20 juta (RM98.1 juta).
Kemudian, mereka memuat naik status di Twitter: "Terima kasih Wesley Sneijder!"
Sejak tiba dari Inter pada 2013, Sneijder menjulang dua gelaran liga, tiga Piala Turki dan tiga Piala Super Turki.
;