Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Gagal ledak gol lagi, Werner kekal 'yakin' -- Tuchel

werner.jpg
Timo Werner bukan kekurangan keyakinan di sebalik kemarau jaringan bersama Chelsea, menurut ketua jurulatih, Thomas Tuchel.

Werner tiba di Stamford Bridge dengan reputasi peledak gol prolifik berikutan perpindahan dari kelab Bundesliga, RB Leipzig

Tetapi pemain kebangsaan Jerman itu sekadar menjaringkan empat gol dalam 20 penampilan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan sekali lagi gagal menemui jaringan ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Burnley -- melanjutkan kemarau gol kepada 12 perlawanan.

Pemain berusia 24 tahun itu berjaya melakukan tiga percubaan tepat ke sasaran berdepan The Clarets -- lebih berbanding mana-mana pemain -- dan memiliki sentuhan dalam kotak penalti (sembilan) lebih daripada pemain lain.

Walaupun gagal meledak gol, Tuchel tidak meragui kepercayaannya terhadap Werner.

"Dia benar-benar fokus, dia memberikan segalanya," kata Tuchel.

"Anda dapat melihat, seperti setiap penyerang di dunia, mereka sangat peka dan tidak ada yang lebih baik daripada menjaringkan gol.

"Sekiranya mereka gagal menjaringkan gol bagi waktu-waktu tertentu maka tidak sama untuk mereka, namun berbeza buat Timo.

"Dia sentiasa yakin untuk beraksi namun tuah masih lagi tidak memihaknya. Tetapi ia bukan satu masalah, mungkin dia hanya memerlukan satu gol mudah bagi mendapatkan rentak.
 

Tuchel mengakui Chelsea perlu menyesuaikan diri dengan sistem bagi mendapatkan permainan terbaik daripada Werner.

"Kita perlu memperbaiki diri untuk mendapatkan aksi terbaik bagi Werner," tambah Tuchel.

"Selagi dia memiliki, berusaha seperti apa yang dipamerkan, kami akan menyokongnya. Kami terlepas peluang untuk menggunakan kelebihan Werner ketika melakukan serangan balas, dia seorang pemain yang sangat pantas."

Jaringan daripada Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso memastikan tiga mata buat Chelsea tetapi pemain paling menyerlah buat The Blues adalah Callum Hudson-Odoi.
 

Advertisement

Must Watch Video