Skip to main content

Bola Sepak

Gagal ke Piala Dunia, ramai mahu Erick Thohir, Patrick Kluivert letak jawatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kluivert.jpg
Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, dan pasukan kejurulatihan 'terbaik' di bawah kendalian Patrick Kluivert -- sila bertanggungjawab dan letak jawatan. 

Pahit untuk ditelan oleh penyokong kesayangan apatah lagi pemain Indonesia yang sudah berjuang habis-habis, namun hajat tidak kesampaian apabila gagal ke Piala Dunia 2026, meskipun hampir mencipta sejarah.

Melewati cabaran getir dalam pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia itu, Sang Garuda harus menerima kenyataan susulan tewas kepada tuan rumah, Arab Saudi dan Iraq, sekali gus menghampakan harapan peminat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erick Thohir (@erickthohir)



Media sosial hari ini bergoncang dengan kemarahan dan ketidakpuasan peminat kepada pengurusan PSSI dan barisan kejurulatihan Indonesia. 

Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia itu juga kelihatan sugul dan tiada kata-kata dapat menjelaskan kekecewaannya. 
FIFA

Untuk Peminat FIFA

Rasai sendiri kehangatan FIFA di rumah dengan FIFA PlayStation game.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video