Skip to main content

Bola Sepak

Gabriel Martinelli beri mimpi ngeri kepada pertahanan -- Arteta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gabriel-martinelli.jpg
Mikel Arteta menghamburkan pujian terhadap penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli, selepas membantu The Gunners menewaskan Liverpool 3-2 untuk kembali merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi. 

Pemain muda Brazil itu memberikan Arsenal permulaan sempurna menerusi rembatannya pada minit pertama perlawanan sebelum mencipta lorongan buat jaringan Bukayo Saka juga untuk mereka kembali mendahului 2-1. 

Berbeza dengan musim lalu, Martinelli menggalas tanggungjawab lebih besar dalam barisan utama musim ini dan perkembangan sihat itu cukup membanggakan pengurus The Gunners tersebut. 




“Apabila anda melihat kedudukannya setahun lalu sejak menentang Brentford hingga hari ini, ia adalah satu fenomena.

"Ia didorong oleh keinginannya untuk bekerja keras setiap hari. 

"Adalah menjadi satu mimpi ngeri untuk menghadapinya dan kami sedar bahawa kami mempunyai ancaman sebenar di barisan hadapan,” kata Arteta. 

Penyerang itu merekodkan enam gol musim lalu dan setakat sembilan perlawanan dalam kempen kali ini, dia sudah menyumbangkan empat gol dan dua bantuan jaringan.  






 

Advertisement

Must Watch Video