SERIE A
Gabigol tekad kembali lebih matang
Penyerang Inter Milan, Gabriel Barbosa atau Gabigol, bertekad mahu kembali dengan lebih matang serta berharap mampu mempamerkan aksi terbaiknya pada musim 2017-18.
Selepas melengkapkan perpindahannya dari Santos pada awal musim lalu, Gabriel dilihat gagal mencetuskan sebarang impak dan hanya berjaya membarisi kesebelasan utama sekali dan menjaringkan satu gol.
Kontroversi juga memalit kariernya selepas dilihat meninggalkan bangku simpanan ketika pertemuan menentang Lazio pada 21 Mei selepas pengendali sementara, Stefano Vecchi, menggunakan pertukaran terakhir.
Iklan
Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun Brazil itu memohon maaf di atas tindakannya dan kini bertekad mahu tampil dengan lebih matang dan membalas kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan Inter kepadanya.
“Setiap awal musim akan mewujudkan harapan daripada orang ramai terhadap diri anda.
“Ia bakal memasuki tahun seterusnya untuk karier saya di Eropah dan saya percaya kali ini saya lebih bersedia dan lebih matang,” kata Gabriel.
“Saya melakukan persiapan rapi ketika musim berakhir, tidak kira untuk fizikal dan juga mental,” tambahnya.
Must-Watch Video