SERIE A

Gabigol mohon maaf

Astro Arena 23/05/2017 | 02:24 MYT
Pemain Inter Milan, Gabriel Barbosa atau Gabigol, memohon maaf kepada semua penyokong dan rakan sepasukan selepas tindakannya meninggalkan bangku simpanan ketika menentang Lazio, kelmarin.
Selepas pengendali sementara, Stefano Vecchi, melakukan pertukaran terakhir pada lewat permainan di Stadio Olimpico, Gabriel dilihat meninggalkan rakan sepasukannya sebelum wisel penamat dibunyikan.
Vecchi berkata dia menjangkakan kelab akan mengambil tindakan terhadap pemain berusia 20 tahun itu yang bagaimanapun telah memohon maaf melalui laman Facebook.
Gabriel menulis: "Kepada semua penyokong dan rakan sepasukan, saya telah melakukan kesilapan yang besar apabila meninggalkan perlawanan ketika masa belum tamat."
"Melihat sokongan yang saya terima daripada ahli keluarga, saya menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang sangat tidak profesional dan tiada semangat kesukanan."
"Saya menyedari kesilapan itu dan memohon maaf kepada warga Nerazzurri, tidak kira penyokong dan juga semua pemain."
Gabriel yang dikenali sebagai Gabigol berikutan rekod jaringan yang konsisten sewaktu bersama akademi kelab dari Brazil, Santos.
Rekod tersebut membawa kepada perpindahannya ke Inter Milan bernilai 25 juta Euro, namun dia hanya memulakan satu perlawanan sepanjang musim 2016-17.
;