EPL
Fulham terdesak buru penyerang
Marco Silva mengakui sukar untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Aleksandar Mitrovic dan memperkuatkan skuadnya tatkala Fulham memburu pemain baru menjelang tarikh akhir perpindahan awal bulan depan.
The Cottagers akan beraksi tanpa penyerang Serbia itu yang merakamkan 14 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas mereka menjualnya kepada kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal.
Silva membayangkan Fulham sudah terlambat untuk mencari profil pemain yang sesuai bagi mengisi skuad kecilnya dengan hanya seminggu sebelum pasaran ditutup sehingga Januari 2024.
Iklan
“Berdasarkan pasaran ketika ini, saya perlu mengatakan adalah amat sukar untuk menandatangani pemain dan tempoh ini menjadi satu masalah apabila pemain berhijrah dalam minggu terakhir pasaran,” kata pengurus itu.
“Saya 100 peratus pasti di sebalik kehilangan pemain penting, lama-kelamaan kami akan dapat menandatangani pemain yang mampu membantu kami dan kami juga sedang berusaha sedaya upaya jadi mari kita lihat sama ada ia boleh berlaku.On the squad: "We have a great group of players. They are always giving their maximum for the shirt."#ARSFUL pic.twitter.com/KJl8nqwseo— Fulham Football Club (@FulhamFC) August 24, 2023
“Tujuh pemain meninggalkan kami dan kami turut kehilangan Mitrovic sementara kami baru sahaja menandatangani dua pemain.
"Jadi saya rasa orang ramai sedar berapa ramai tonggak yang kami perlukan.
“Jika kami ingin mendapatkan penyerang, ia perlulah pemain yang tepat. Ia haruslah seseorang yang mampu memberikan impak dengan syarat dapat membantu kami, ini adalah perkara pokok bagi saya.”
Must-Watch Video