Aleksandar Mitrovic dalam perjalanan meninggalkan Fulham selepas Al Hilal bersetuju dengan bayaran untuk penyerang Serbia itu.
Pengurus The Cottagers, Marco Silva, mengumumkan Mitrovic akan meninggalkan kelab itu selepas mereka tersungkur 0-3 kepada Brentford dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri, tengah malam tadi.
Bayaran itu dipercayai dalam lingkungan £46 juta (RM272.5j),
Silva berkata: “Dia (Mitrovic) dalam perjalanan untuk meninggalkan kelab.
"Saya baru menerima maklumat selepas perlawanan. Kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan dan kini tiba masanya untuk penamat Mitrovic bersama kami."
Penyerang Serbia itu sebelum ini difahamkan pernah menolak cadangan untuk beralih ke kancah Timur Tengah.
Dia akan menjadi pemain keenam Al Hilal pada musim panas ini, selepas kehadiran Kalidou Koulibaly, Sergej Milinkovic-Savic, Ruben Neves, Malcom dan Neymar.
Mitrovic meledak 14 gol untuk Fulham musim lalu tetapi penampilannya dalam kemenangan hari pembukaan di Everton, minggu lalu, nampaknya menjadi penampilan terakhirnya untuk kelab barat London itu.
Sejak hadir pada 2018, penyerang itu telah memainkan peranan penting dalam tiga promosi berasingan bersama Fulham termasuk Kejuaraan Sky Bet yang menyaksikannya merekodkan 43 gol dalam kempen 2021-22.