Skip to main content

Bola Sepak

Frenkie de Jong rangsang persiapan Barcelona jumpa Celta Vigo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frankie-de-jong.jpg
Frenkie de Jong menawarkan kelegaan buat Barcelona untuk menampung krisis kecederaan yang membelenggu skuad itu apabila menyambut kunjungan Celta Vigo di Spotify Camp Nou, awal pagi Isnin ini. 

Berita itu sudah pasti menjadi dorongan buat pasukan kendalian Xavi Hernandez berkenaan -- yang dalam misi kekal di kedudukan puncak LaLiga -- apabila pemain tengah kelahiran Belanda tersebut dilaporkan kembali menjalani latihan penuh malam tadi, menjelang pertemuan 'El Classico' bertemu Real Madrid minggu depan.





De Jong dihantui masalah otot ketika jadual antarabangsa untuknya sekadar menjadi penonton ketika Barca tumbang di San Siro, pertengahan minggu ini. 

Xavi berdepan tugas sukar untuk menempuhi jadual padat sebelum Piala Dunia Qatar membuka tirai hujung bulan depan berikutan Andreas Christensen, Franck Kessie, Hector Bellerin, Jules Jounde, Ronald Araujo dan Memphis Depay dalam senarai kecederaan. 

Advertisement

Must Watch Video