Skip to main content

Bola Sepak

Freiburg lakar sejarah Bundesliga ketika atasi Monchengladbach

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

borussia-monchengladbach_1.jpg
Freiburg melakar sejarah Bundesliga selepas mereka mengatasi Borussia Monchengladbach dengan aksi cemerlang dalam separuh masa pertama, melakar kemenangan 6-0 semalam.

Gladbach yang ketika ini bergelut diaibkan Freiburg, yang menjadi pasukan pertama dalam saingan utama Jerman menjaringkan lima gol di tempat lawan dalam tempoh 25 minit pertama perlawanan.

Freiburg tewas dalam dua aksi terdahulu, namun Maximilian Eggestein dan Kevin Schade meletakkan mereka dua gol di hadapan dalam tempoh lima minit.

Philipp Lienhart, Nicolas Hofler dan Lucas Holer turut menemui sasaran sebelum Nico Schlotterbeck menjadikan kedudukan 6-0 tamat separuh masa pertama.
 
 

Advertisement

Must Watch Video