EPL
Fred kini pemain Fenerbahce
Pemain tengah Manchester United, Fred, melengkapkan perpindahannya ke Fenerbahce.
United mengumumkan perjanjian disepakati di antara kedua-dua kelab kelmarin dan pemain antarabangsa Brazil itu berkelana ke Turki semalam bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan membincangkan perincinan syaratnya.
Rundingan itu berlangsung tanpa sebarang masalah dengan Fred menuju ke Istanbul dalam satu perpindahan bernilai £8.6 juta (RM50.2j) yang boleh mencecah £12.9j (RM75.3j).
Pemain berusia 30 tahun itu yang berpindah ke Old Trafford dari Shakhtar Donetsk pada 2018 dan telah membuat 213 penampilan untuk kelab itu kemudian mengucapkan selamat tinggal di media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menulis: "Terima kasih atas segala-galanya, Kelab Bola Sepak Manchester United.
"Hari ini saya menamatkan satu daripada peringkat paling indah dalam kerjaya saya. Saya berkesempatan memenuhi impian untuk menyarung jersi salah satu kelab terbesar di dunia.
"Melalui jatuh bangun, saya pergi dengan keyakinan bahawa saya sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang sesi latihan dan perlawanan.
"Selama lima tahun saya dan keluarga menikmati impian indah ini. Saya akan sentiasa bersyukur atas peluangnya. Selama The Red!”