LIGA SUPER MSIA
Frank Bernhardt akui tiada tempat tinggal
Bekas ketua jurulatih Kelantan FC, Frank Bernhardt, mengakui dakwaan bahawa dia kini tiada tempat tinggal dan hanya bergantung harap kepada rakannya.
Semalam, Nadi Arena melaporkan bahawa ejen Bernhardt memaklumkan jurulatih kelahiran Jerman itu sedang dalam rundingan dengan beberapa kelab di negara Timur Tengah setelah meninggalkan The Red Warriors menerusi persetujuan bersama bulan lalu.
Bagaimanapun, cerita hari ini berputar 360 darjah apabila Bernhardt mengakui bahawa dia kini tiada tempat tinggal dan hanya bergantung kepada rakannya, pada ketika timbul khabar angin mengatakan kebajikannya terabai sehingga menarik perhatian Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) untuk tampil membuka ruang duduk semeja dengan jurulatih itu.
Iklan
Bagaimanapun, PJBM selepas perbincangan itu enggan mengulas lanjut dengan dilaporkan bahawa terdapat percanggahan info daripada pihak yang terlibat.
Apapun, ia difahamkan tiada kaitan dengan Kelantan FC memandangkan urusan Bernhardt dengan The Red Warriors sudah selesai sepenuhnya.
"Apa yang mereka katakan itu benar tetapi bukanlah saya tinggal di dalam bilik stor," kata Bernhardt kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Ada satu malam sekitar jam 2.30 atau 3, saya ada di sana untuk satu malam dan pada hari berikutnya, saya lebih awal. Jadi, ada dua malam saya tinggal dalam bilik stor.
"Bilik stor kedengaran amat buruk tetapi ia tidak seteruk itu, ia bilik biasa dengan katil dan terdapat tandas dan dapur di sana.
"Tiada apa yang buruk berlaku di antara kami, kami memghormati sesama sendiri.
"Ia hanya mengenai tiket, wang dan kenderaan saya," katanya.
Frank Bernhardt akui tiada tempat tinggal & gantung harap pada rakan..Saksikan Nadi Weekend Sabtu & Ahad, 7.30 malam hanya di saluran 801HD #NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/ZTzmOJCUKe— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 12, 2023
Must-Watch Video