Skip to main content

Bola Sepak

The Foxes berikan tumpuan penuh kepada aksi bertemu Everton -- Shakespeare

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

craigshakespeare.jpg
Craig Shakespeare menegaskan tumpuan Leicester City terarah kepada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton untuk memberikan mereka momentum bagi menghadapi cabaran Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Shakespeare merupakan individu yang berpengaruh untuk mengubah nasib penyandang juara EPL itu, dengan sasaran meraih enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas menaggantikan Claudio Ranieri.

Di kala aksi suku akhir pertama berdepan Atleti akan berlangsung Rabu depan, Shakespeare berkata beliau dan skuad kendaliannya memberikan tumpuan kepada aksi berdepan Everton -- walaupun ada pemain utama akan direhatkan.

"Kami memiliki sedikit kebimbangan bagi aksi ini [berdepan Everton]," kata Shakespeare. 

"Saya akan menilai perkembangan skuad sehari sebelum perlawanan ini dan memilih pemain yang akan diturunkan untuk mencari kemenangan di Everton. Tumpuan saya adalah pada Everton, bukan Atletico.

Advertisement

Must Watch Video