Skip to main content

Bola Sepak

Forbes: Kylian Mbappe gaji termahal dunia

kylianmbappe.jpg
Kylian Mbappe kini merupakan pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia menjelang akhir musim 2022/23 dengan anggaran pendapatan $128 juta (RM593.6j), menurut majalah ekonomi Amerika Syarikat, Forbes. 

Laporan itu secara tidak langsung menamatkan penguasaan selama lapan tahun yang sering didominasi Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.

Ia termasuklah gaji $110j (RM510.1j) -- selain komisen dan yuran ejennya --  selain $18j (RM83.4j) daripada tawaran penajaan.



Bagaimanapun, Messi ($120m) dan Ronaldo ($100m) masih dalam kalangan lima pemain bola sepak termahal disusuli Neymar ($87m), dan Mohamed Salah ($53m).

Bintang handalan baru Manchester City, Erling Haaland, di tempat keenam tatkala bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta, memperoleh $30 juta, mengatasi pendapatan Kevin De Bruyne yang turut dalam 10 pemain bola sepak lumayan di dunia. 

Advertisement

Must Watch Video