PIALA FA
FMLLP tagih kerjasama penyokong banteras kegiatan ulat tiket
Ketua Pegawai Eksekutif, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, mengakui pihaknya perlu mendapat kerjasama semua pihak, termasuk penyokong, untuk membanteras kegiatan ulat tiket perlawanan akhir Piala FA.
"Saya rasa ini adalah sesuatu yang kita boleh atasi bersama dengan penguatkuasa," katanya. "Isu ini perlu diselesaikan dengan bantuan penyokong. Ia akan berterusan selagi ada permintaan."
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, berkata dalam final Piala Malaysia tahun lalu, pihaknya berjaya mengesan 30 keping tiket palsu.
Iklan
"Kami telah mengambil tindakan dan diharap dengan peningkatan ciri-ciri keselamatan baru ini, kami akan berjaya mengatasi masalah ini," tambahnya.
Kevin dan Shafien ditemui selepas mesyuarat penyelarasan jawatankuasa pengelola final Piala FA di ibu negara, hari ini.
Sebanyak 72,000 keping tiket akan diperuntukkan, membabitkan 70,000 tiket berharga RM50 untuk tempat duduk terbuka dan 2,000 tiket kanak-kanak berharga RM5.
Perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei ini.
Must-Watch Video