Skip to main content

Bola Sepak

Flick tidak fikir Thiago akan ke Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thiagoalcantara.jpg
Hansi Flick menegaskan bahawa dia tidak terfikir bahawa Thiago Alcantara berpotensi untuk meninggalkan Bayern Munich biarpun sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

Thiago, 29,  masih mempunyai kontrak bersama pasukan Bundesliga itu sehingga tahun depan dengan juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool, dilaporkan antara yang berkemungkinan menjadi destinasi pilihan pemain itu seandainya mahu meninggalkan Bayern.

Tetapi Flick mahu mengekalkan khidmat Thiago dengan melabel pemain kebangsaan Sepanyol itu sebagai "pemain luar biasa".

"Saya tidak terfikir langsung bahawa Thiago akan meninggalkan kami," kata ketua jurulatih Bayern itu selepas pasukannya menewaskan Wolfsburg 4-0 malam tadi.

"Saya sentiasa katakan bahawa Thiago seorang pemain luar biasa yang mampu memberikan banyak sumbangan kepada pasukan ini.

"Saya langsung tidak terfikir mengenai perkara itu

"Dan saya berfikir selepas perlawanan dan musim sehebat ini, sebagai seorang wartawan, anda perlu menerima bahawa bukan semua soalan boleh dijawab," katanya.

Thiago tiba di Bayern pada 2013 dan memenangi Bundesliga dalam setiap tujuh musim bersama pasukan itu.

Bayern melengkapkan kejuaraan musim ini dengan mencecah 100 gol -- Kingsley Coman, Mickael Cuisance, Robert Lewandowski dan Thomas Muller muncul penjaring ketika menewaskan Wolfsburg.
   

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video