Hansi Flick sah dilantik ketua jurulatih baru skuad kebangsaan Jerman dengan kontrak tiga tahun.
Flick, yang memacu Bayern Munich memenangi gekaran Bundesliga buat kali kesembilan berturut-turut musim ini, akan menggantikan Joachim Low selepas tamat Euro 2020.
Ia menyaksikan Flick kembali ke pangkuan skuad kebangsaan itu selepas pernah berkhidmat sebagai pembantu Low dari 2006 hingga 2014 -- tempoh di mana mereka turut menjadi juara Piala Dunia di Brazil pada 2014.
Flick menyertai Bayern sebagai pembantu jurulatih pada 2019 dan dinaikkan pangkat ke peranan utama bagi menggantikan Niko Kovac.
Dia kemudian membimbing Bayern mengecap kejuaraan 'treble' dalam musim pertamanya dengan memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Bundesliga dan DFB-Pokal.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) bagi mengumumkan pelantikannya malam tadi, Flick berkata: "Agak mengejutkan ia berlaku dengan pantas untuk saya menandatanganinya tetapi saya amat gembira untuk dapat bekerja sebagai jurulatih kebangsaan bermula musim luruh ini.
"Musim baru sahaja berakhir dan tempoh dua tahun di Bayern Munich telah membantu saya. Semangat sepasukan dan sikap pemain amat luar biasa dan saya akan mengambil banyak daripadanya untuk membentuk kerjaya saya.
"Saya benar-benar memandang ke depan kerana saya dapat melihat kualiti pemain yang hebat, terutama pemain muda di Jerman.
"Itulah bagaimana kami mempunyai setiap musim untuk menghadapi kejohanan yang mendatang dengan penuh optimis. Saya mendoakan Jogi Low, Marcus Sorg, Andy Kopke dan seluruh pasukan kejayaan yang sebaiknya. Jogi Low layak menerima sesuatu yang besar untuk menamatkan kariernya sebagai jurulatih kebangsaan.

BREAKING: Hansi #Flick will become the new Germany national team head coach following @EURO2020 ✍️#DieMannschaft pic.twitter.com/2CpxjIsQSn
— Germany (@DFB_Team_EN) May 25, 2021
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) bagi mengumumkan pelantikannya malam tadi, Flick berkata: "Agak mengejutkan ia berlaku dengan pantas untuk saya menandatanganinya tetapi saya amat gembira untuk dapat bekerja sebagai jurulatih kebangsaan bermula musim luruh ini.
"Musim baru sahaja berakhir dan tempoh dua tahun di Bayern Munich telah membantu saya. Semangat sepasukan dan sikap pemain amat luar biasa dan saya akan mengambil banyak daripadanya untuk membentuk kerjaya saya.
"Saya benar-benar memandang ke depan kerana saya dapat melihat kualiti pemain yang hebat, terutama pemain muda di Jerman.
"Itulah bagaimana kami mempunyai setiap musim untuk menghadapi kejohanan yang mendatang dengan penuh optimis. Saya mendoakan Jogi Low, Marcus Sorg, Andy Kopke dan seluruh pasukan kejayaan yang sebaiknya. Jogi Low layak menerima sesuatu yang besar untuk menamatkan kariernya sebagai jurulatih kebangsaan.
A worthy successor ???#DieMannschaft pic.twitter.com/c9PRdeZRsA
— Germany (@DFB_Team_EN) May 25, 2021