Skip to main content

Bola Sepak

Flamengo B-20 malukan Ten Hag dalam aksi pertama kemudi Bayer Leverkusen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten.jpg
Skuad Bayer Leverkusen kendalian Erik Ten Hag dimalukan selepas tewas 1-5 kepada pasukan Flamengo B-20 dalam perlawanan pertama dia bergelar sebagai pengurus pasukan gergasi Bundesliga itu.

Bekas pengurus Manchester United itu menggantikan Xabi Alonso yang kini bertukar angin bersama Real Madrid untuk mengambil alih tugasan Carlo Ancelotti.

Leverkusen mengadakan jelajah pramusim di Amerika Selatan, dengan pengurus berusia 55 tahun itu mempertaruhkan skuad terbaiknya tanpa Florian Wirtz dan Jeremie Frimpong yang berpindah ke Liverpool.



 

Mereka ketinggalan 2-0 dalam 10 minit pertama sebelum Flamengo menjadikan kedudukan 4-0 sebelum menutup babak pertama, satu lagi jaringan hadir pada babak kedua.

Untuk rekod, Ten Hag mencipta 70 kemenangan daln 35 kali tewas dalam semua kejohanan ketika bergelar jurulatih Manchester United sebelum dipecat pada Oktober 2024. 

 

 

Advertisement

Must Watch Video