Roberto Firmino, Edouard Mendy dan Riyad Mahrez mencipta sejarah menjadi pemain pertama memenangi dua gelaran tertinggi peringkat benua, iaitu Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Tiga pemain itu membantu Al-Ahli menewaskan Kawasaki Frontale 2-0 dalam final Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sekali gus dinobatkan sebagai juara Asia.
Pemain tengah, Firmino, sebelum ini turut pernah menjulang gelaran UCL bersama Liverpool pada 2019.
Dalam pada itu, pemain sayap, Mahrez memenangi UCL sewaktu membantu Manchester City mengecap kejuaraan treble pada 2023.
Penjaga gol, Mendy, pula pernah memenangi UCL bersama Chelsea pada 2021.