Pengurus pasukan Brazil, Tite, mahu penyerang, Roberto Firmino, membuktikan kemampuan sebenar selepas bergelut untuk memberikan impak buat pasukan.
Pemain Liverpool itu membintangi kesebelasan utama Brazil ketika menentang Colombia awal pagi tadi, namun gagal menghadirkan sebarang ancaman apabila sekadar terikat seri 1-1 dalam aksi di Barranquilla.
Bagi Tite, walaupun Firmino sudah menjaringkan tiga gol bersama The Kop, dia seharusnya mampu memberikan sesuatu buat pasukan kebangsaan.
“Firmino masih perlu membuktikan kebolehannya. Ia adalah aksinya yang normal tetapi dia perlu berusaha lebih lagi,”
Ketika menentang Colombia, Willian membuka tirai jaringan sebelum tamat babak pertama tetapi kemenangan Brazil dinafikan oleh gol penyamaan daripada penyerang Monaco, Radamel Falao, sekaligus menamatkan rentetan sembilan kemenangan Brazil dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.
“Colombia memiliki pemain-pemain yang berkualiti tinggi seperti Falcao, James Rodriguez dan Edwin Cardona.
“Mereka adalah sebuah pasukan yang mempunyai pilihan yang ofensif, jadi saya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh pemain-pemain.”
Brazil akan berdepan dengan Bolivia dan Chile dalam dua perlawanan terakhir mereka bagi aksi kelayakan, bulan depan.