Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan perlawanan di antara Itali dan Argentina di Stadium Wembley pada 1 Jun depan sebagai "Finalissima" pertama dalam tempoh 29 tahun.
Perlawanan itu mula dicanang pada September sebelum disahkan Disember lalu yang menyaksikan "Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UEFA dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dimeterai hingga 30 Jun 2028 sebelum penganjuran perlawanan di London berkenaan dimuktamadkan.
Pertembungan yang menemukan jaguh dari kedua-dua benua itu pernah dikenali sebagai Trofi Artemio Franchi apabila diadakan pada 1985 dan 1993.
Perancis menewaskan Uruguay 2-0 dalam edisi sulung sementara perlawanan 1993 menyaksikan Argentina –- yang diketuai Diego Maradona -– menewaskan Denmark dalam penentuan sepakan penalti.
Seperti yang telah dijangkakan, venue untuk pertemuan tahun ini telah disahkan di Wembley yang mampu memuatkan 86,000 penyokong.
Wembley menyimpan kenangan indah buat Itali sebagai venue final Euro 2020 apabila mengecewakan England tahun lalu.

?? UEFA EURO 2020 winners Italy ? CONMEBOL Copa América 2021 champions Argentina ??
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) March 22, 2022
? Wednesday 1 June 2022
? Wembley Stadium, London
? Tickets on sale on from Thursday 24 March at 14:00 CET
#Finalissima