ARGENTINA 3 ITALI 0
Kemenangan menakjubkan 3-0 Argentina ke atas Itali dalam aksi Finalissima di Stadium Wembley awal pagi tadi menyaksikanm La Albiceleste mencipta rekod baru buat pasukan kebangsaan itu dengan 32 perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan.
Pasukan bimbingan Lionel Scaloni itu mempamerkan aksi dominan dan bertenaga untuk sekali lagi memperoleh kemenangan selesa.
Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala memahat nama sebagai penjaring sambil Lionel Messi bertindak sebagai perancang utama untuk Argentina memberikan amaran awal berbaki enam bulan menjelang sepak mula Piala Dunia Qatar.
Kali terakhir Argentina tewas adalah sewaktu kekalahan 0-2 kepada musuh tradisi, Brazil, dalam separuh akhir Copa America 2019 tetapi mereka melunaskan dendam itu dalam aksi final kejohanan sama tahun lalu -- menewaskan Selecao 1-0 di Maracana untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 28 tahun.
Rentetan 32 perlawanan tanpa kalah itu merupakan rekod baru yang dicipta mereka bagi perlawanan-perlawanan rasmi walaupun Argentina pernah merekodkan 33 perlawanan tanpa kalah di bawah bimbingan Alfio Basile -- rekod berkenaan turut merangkumi dua perlawanan yang tidak diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana mereka menentang pasukan Rest of America dan Rest of World pada 1991.
Jumlah perlawanan tanpa kalah berturut-turut itu merupakan yang terpanjang melibatkan aksi antarabangsa terbaru dan mereka kini hanya kekurangan lima perlawanan untuk mengatasi rekod terpanjang sepanjang zaman yang dilakukan Itali tahun lalu.

32 - La @Argentina de Lionel Scaloni llegó a 32 partidos sin derrotas (21V 11E): la racha más larga de su historia superando los 31 conseguidos entre 1991 y 1993. Entonado. pic.twitter.com/RdPpur3djT
— OptaJavier (@OptaJavier) June 1, 2022