Skip to main content

Bola Sepak

Final UNL: Portugal juara, piala ketiga Cristiano Ronaldo bersama negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cr7.jpg
Penjaga gol Porto, Diogo Costa, menjadi wira di sebalik kejayaan Portugal merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) buat kali kedua di Allianz Arena, Munich sebentar tadi. 

Penyelamatan penting sepakan Alvaro Morata membawa Portugal menewaskan juara Euro 2024, Sepanyol dalam perlawanan akhir selepas terikat 2-2 sepanjang 90 minit permainan.

Ini adalah sejarah buat pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali, Cristiano Ronaldo, yang menambah koleksi piala bersama negaranya.

Untuk rekod, ini adalah piala ketiga buat bekas pemain Manchester United itu di peringkat antarabangsa dengan Selecao selepas menjuarai Euro 2016 dan kejohanan sama pada 2019.

Tidak dilupakan, dalam aksi getir itu, skuad kendalian Roberto Martinez terpaksa menunggu sehingga minit ke-61 untuk jaringan penyamaan dihasilkan menerusi bekas bintang Real Madrid itu.

 

Ini selepas, Martin Zubimendi dan Mikel Oyarzabal terlebih dahulu meletakkan La Roja di hadapan pada separuh masa pertama.

Sensasi tonggak Barcelona, Lamine Yamal, disekat oleh pertahanan Paris-Saint-Germain, Nuno Mendes, yang kerap membayangi pergerakan pemain berusia 17 tahun itu, sekali gus gagal menghadirkan impak buat Sepanyol di Jerman. 

 

Ketika permainan berlanjutan sehingga penentuan sepakan penalti, semua mata tertumpu dengan ketangkasan Costa yang menafikan peluang Sepanyol untuk Portugal dan Cristiano Ronaldo pulang dengan kegembiraan. 

Advertisement

Must Watch Video