Skip to main content

Bola Sepak

Final UNL: Cristiano Ronaldo jumpa Lamine Yamal buat kali pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cr.jpg
Antara perlawanan separuh akhir paling tegang melibatkan gergasi bola sepak dunia, Sepanyol dan Perancis dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Stuttgart, Jerman, awal pagi tadi. 

Juara Piala Dunia 2018 itu hampir melakar kebangkitan sensasi menerusi kemasukan Rayyan Cherki untuk Perancis menambah tiga gol selepas La Roja mendominasi permainan dengan kelebihan empat jaringan. 

Skuad kendalian Luis de la Fuente seakan dirasuki semangat tinggi apabila kemenangan dramatik membawa pasukannya ke perlawanan akhir bertemu Portugal pada Isnin ini. 

Anak buah Didier Deschamps terpaksa berputih mata dengan kekalahan tersebut selepas berhempas pulas mencari jaringan penyamaan, namun hajat tidak kesampaian menewaskan Sepanyol. 

 

Juara Euro 2024 itu akan bertemu pasukan di ranking ketujuh dunia, Portugal, bagi merebut kejuaraan berprestij itu. 

Untuk rekod, ini adalah pertemuan kali pertama membabitkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, dan bintang sensasi Barcelona, Lamine Yamal, dalam satu aksi. 

Siapakah yang akan mencuri tumpuan? 

Dengan usia yang semakin meningkat, ia bukanlah penghalang buat bekas tonggak Real Madrid itu menggondol trofi bersama negaranya susulan beberapa siri kekecewaan yang berlaku sebelum ini.

 

Bagi Yamal pula, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mencipta nama di pentas dunia dengan persembahan memukaunya sepanjang musim.

Advertisement

Must Watch Video