Skip to main content

Bola Sepak

Final Unifi Piala Malaysia: Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12:30 tengah malam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(10).jpg
Perkhidmatan stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 12:30 tengah malam ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan langkah itu bagi memastikan keselesaan penumpang dan penonton sempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dan Konsert Solo Pertama Amy Search.

 

Ketika ini keadaan trafik di perkarangan Stadium Bukit Jalil agak perlahan dengan terdapat beberapa acara sedang berjalan secara serentak.

Penyokong dinasihat untuk menggunakan pengangkutan awam dalam usaha memastikan keadaan trafik di Bukit Jalil terkawal.

Advertisement

Must Watch Video