Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, melaungkan keyakinan pasukannya kendaliannya mampu menjulang Piala Malaysia dalam pertembungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Bukit Jalil bakal menjadi saksi buat pertembungan dua kelab Liga Malaysia, JDT yang hadir dengan status selaku juara bertahan manakala Sri Pahang pula ingin menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi 11 tahun yang lalu.
Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Fandi Ahmad sempat berkata, "InsyaAllah esok pegang lagi sekali, dah lama tak pegang (piala)," sambil bergambar dengan trofi Piala Malaysia bersama kapten pasukan, Fadhli Shas.
InsyaAllah esok pegang lagi sekali, dah lama tak pegang (piala)
- Fandi Ahmad, Ketua Jurulatih Sri Pahang pic.twitter.com/SZ86IRRVtC— FinaNasrom (@fnasrom) April 25, 2025
Inilah keputusan minggu ke-26 Ultimate Liga Super Fantasy dengan Team of The Week dimenangi oleh pasukan bimbingan Ahmad Mazri.
Ahmad Mazri turut mendahului leaderboard minggu ke 25 dengan beza 33 mata sahaja ke atas Irwan!!
