Dendam sedekad tampak menjadi sentimen yang menyelubungi perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia Edisi 2024/2025 di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Kekalahan di pentas akhir kepada Tok Gajah dalam edisi 2014 tampak masih menghantui Harimau Selatan walaupun pelbagai kejuaraan sudah diraih di peringkat domestik.
Dan ketua jurulatihnya, Hector Bidoglio, tanpa berselindung menuntut anak buahnya agar melakukan penutup bergaya menerusi kejuaraan terakhir musim ini.
"Saya tidak begitu memikirkan tentang pihak lawan dan pemain lawan.
"Bagi saya, Sri Pahang memiliki skuad yang begitu bagus. Mereka mara ke final adalah kerana telah beraksi dengan dengan cukup bagus.
"Anak buah saya telah beraksi dengan sangat baik sepanjang musim ini. Kami telah mengharungi musim yang panjang, mereka cukup gigih dan sentiasa bersyukur.
"Kami perlu menyerlah. Esok merupakan sebuah perlawanan terakhir yang mustahak buat kelab.
"Kami menutup musim ini dengan bergaya," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Hadir dengan reputasi sebagai juara empat kali, JDT dijangka mempertaruhkan kesebelasan yang hampir sama menerusi formasi 3-4-3.
Bidoglio dijangka mengekalkan Syihan Hazmi Mohamed di benteng akhir, manakala jentera tengah bakal dikemudi Natxo Insa tatkala Bergson da Silva dan Arif Aiman Hanapi pastinya menjadi taruhan untuk merobek gawang lawan.
"Saya menaruh keyakinan terhadap anak buah kerana memantau mereka setiap hari sepanjang musim ini.
"Saya menuntut mereka agar meletakkan 100 peratus dan kerahkan segala kudrat buat JDT.
"Kami akan cuba memenangi sebuah lagi trofi," katanya lagi.

“Sri Pahang tetap pasukan yang kuat walaupun tanpa dua pemain utama Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo”, Hector Bidoglio.@ASTROARENA pic.twitter.com/kpLypKLWn5
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 25, 2025