PIALA MALAYSIA
Final Unifi Piala Malaysia: Hannah Yeoh kecam pergaduhan penyokong di SNBJ
Tular satu video di media sosial berkenaan insiden yang tidak diingini berlaku sebelum sepak mula perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Menurut sumber, kemeriahan aksi hangat itu dicemari dengan pergaduhan antara kedua-dua penyokong yang sudah tercetus di perkarangan stadium memperlihatkan beberapa penyokong bertindak agresif dengan membaling suar dan kon.
Dan ini menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang menegaskan pihak terbabit perlu mengubah sikap dan menjaga keharmonian.
Iklan
Ketika ditanya, Hannah seperti memberi gambaran bahawa ia boleh mendatangkan kerisauan kepada penyokong lain khususnya yang membawa keluarga untuk menonton perlawanan itu.
“Kena ubah sikap kerana ini merugikan sukan bola sepak”- Hannah Yeoh ulas isu “hooligan” antara fans JDT dan Sri Pahang🔥Jelas beliau, Kod sukan selamat juga terpakai untuk penyokong dan bukan sahaja atlet mahupun jurulatih.🏆More on Nadi Weekend⚽️@ASTROARENA pic.twitter.com/spzG9dKNSW— Faizal Bazari (@faizalbazario) April 27, 2025
"Apabila berlaku insiden seperti ini, ia mencemarkan sedikit suasan dan mungkin ada yang rasa tak selamat untuk datang ke stadium.
"Kod Sukan Selamat bukan sahaja untuk penggiat sukan, malah untuk penyokong dalam memastikan keselamatan.
"Jadi bagi yang datang untuk buat huru-hara, harus mengubah sikap kerana ini merugikan bola sepak," katanya hari ini.
Must-Watch Video