UCL
Final UCL: PSG juara kali pertama dalam sejarah, bantai Inter Milan tanpa belas kasihan
Ibarat perlawanan akhir dengan tiket kemenangan percuma. Itulah kata mudah buat juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), yang muncul juara kali pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah (UCL), di Munich, Jerman awal pagi tadi.
Pencapaian tersebut diperbaharui selepas kali terakhir PSG mara ke final adalah pada musim 2019/20, sebelum ditewaskan Bayern Munich.
Inter Milan juga turun dengan misi yang sama, namun harus pulang dengan mimpi ngeri apabila dimalukan oleh gergasi Perancis itu dengan kekalahan 0-5.
Iklan
Tiada apa yang boleh menghentikan skuad kendalian Luis Enrique dan Inter Milan menjadi mangsa.
Seawal minit ke-12, bekas pemain Real Madrid, Achraf Hakimi, membuka tirai jaringan sebelum Desire Doue meletakkan PSG di hadapan dengan kelebihan 2-0 dan keputusan tersebut kekal menuju bilik persalinan separuh masa.
Family ❤️💙pic.twitter.com/kP84WFleKb— Paris Saint-Germain (@PSG_English) May 31, 2025
Desire Doue terus rakus menambah koleksi jaringan peribadi pada minit ke-63, yang menyaksikan peminat PSG mula bersorak seperti sudah tahu akan merangkul kejuaraan.
Bekas bintang Napoli, Kvicha Kvaraskhelia melepasi perangkap ofsaid menuju gawang yang dikawal Yann Sommer untuk sekali lagi menambah duka Inter Milan dengan gol keempat permainan.
Meskipun dominasi dan penguasaan berat sebelah membuatkan Inter Milan terpaksa menyerah, Senny Mayulu melengkapkan malam gemilang PSG dengan gol kelima untuk kelab tersebut merangkul trofi selepas terpaksa menunggu penantian lama sebelum ini.
Must-Watch Video