Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Malaysia: Tok Gajah tempang tanpa Kpah Sherman berdepan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-04-05-160738.png
Aksi final Piala Malaysia yang dijadualkan pada 26 April ini dijangka sedikit tempang buat Sri Pahang apabila pasukan itu tidak dapat menurunkan barisan terbaik mereka untuk menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penyerang utama Tok Gajah, Kpah Sherman, disahkan tidak dapat beraksi selepas rayuan kelab kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan pemain itu ditolak.

Menurut pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh, FAM telah memaklumkan bahawa Sherman perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

“Sebenarnya kita dah buat rayuan, tapi memang kita gagal dan kita dah dapat surat daripada FAM yang mengatakan Kpah digantung perlawanan,” kata Dollah ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ketiadaan Sherman, yang merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 11 gol setakat ini, menjadi satu tamparan hebat buat Sri Pahang. 

Tambahan pula, skuad Tok Gajah turut kehilangan pemain sayap lincah, Manuel Hidalgo, yang tidak dibenarkan beraksi kerana statusnya sebagai pemain pinjaman daripada JDT.


 

Namun begitu, Dollah masih mengekalkan keyakinan terhadap potensi pemain-pemain lain untuk menggalas cabaran besar dalam misi menamatkan dominasi Harimau Selatan.

Dia turut meluahkan kepercayaan terhadap perancangan taktikal ketua jurulatih Fandi Ahmad, yang menurutnya mampu membawa dimensi berbeza dalam usaha memberi saingan sengit kepada skuad kendalian Hector Bidoglio.

Sri Pahang, yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali, kini dalam misi memburu kejuaraan kelima dan bakal turun sebagai 'underdog' menentang pasukan paling konsisten dalam saingan domestik.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video