Ketua pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi, menjanjikan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil bakal berada di tahap terbaik menjelang aksi final Piala Malaysia 8 Disember ini.
Padang SNBJ akan sekali lagi diuji selepas keadaannya tular sebaik berakhirnya konsert berskala mega kumpulan antarabangsa terkenal, Coldplay.
Kali ini membabitkan konsert bintang Bollywood, Hrithik Roshan 1 Disember depan -- seminggu sebelum final Piala Malaysia 2023.
Faidz menjelaskan PSM memiliki perancangan rapi dan bakal memastikan kualiti padang berada di tahap yang terbaik menjelang bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu nanti.
"Untuk makluman semua, selepas tamat konsert Coldplay, kerja pemulihan telah dijalankan dengan rapi," katanya menerusi wawancara eksklusif Nadi Arena.
"Kami dalam usaha untuk memastikan padang SNBJ akan kembali ke tahap terbaik menjelang aksi final Piala Malaysia nanti.
"Konsert seterusnya awal Disember ini akan diadakan di bahagian balapan dan ia tidak akan menjejaskan permukaan padang bola.
"Sebagai persiapan untuk memastikan padang berada di tahap terbaik, terdapat pihak kontraktor daripada pasukan JDT yang cukup berpengalaman dengan kualiti padang ini dan kami akan memastikan aksi final Piala Malaysia akan berada di tahap optimum."

Where music meets magic! ?️?#ColdplayinMY #ColdplayKualaLumpur #ColdplayinKL #ColdplayInMalaysia #Coldplay #COLDPLAYinKL #PSM #KLSC25 pic.twitter.com/OPrZowbPN6
— Stadium.Malaysia ?️?? (@StadiumMalaysia) November 22, 2023
Kali ini membabitkan konsert bintang Bollywood, Hrithik Roshan 1 Disember depan -- seminggu sebelum final Piala Malaysia 2023.
Mengenai isu padang Stadium National Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia pada 8 Disember.@ASTROARENA @stadiumastro pic.twitter.com/5OsJxOo1M1
— pekxian (@syennn__) November 27, 2023