Final Piala Malaysia: JDT hebat tapi macam-macam boleh jadi -- Wan Rohaimi

Muzaffar Musa
Disember 8, 2023 09:51 MYT
Legenda bola sepak Terengganu, Wan Rohaimi Wan Ismail, mengakui Johor Darul Ta'zim memiliki kelebihan besar menjelang final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Bagaimanapun, bekas pertahanan negara itu berasakan Terengganu juga memiliki sesuatu untuk melakukan kejutan, sekali gus menamatkan penantian 22 tahun menjulang trofi bola sepak tertua negara berkenaan.
"Uniknya Piala Malaysia ini, macam-macam boleh jadi di pentas final," katanya dalam satu wawancara Nadi Arena Khas di Astro Arena sebentar tadi.
"Harus diakui kelebihan di pihak JDT, di mana mereka memiliki skuad yang boleh dikatakan sempurna.
"Tetapi Terengganu juga memiliki peluang untuk melakukan sesuatu malam ini, Insya-Allah.
"Siapa tahu penantian itu mungkin akan berakhir malam ini," katanya.
#bola sepak #Piala Malaysia #Terengganu FC #Johor Darul Ta'zim FC
;