Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala KPM: Akademi JDT juara kategori B-14 dengan tumpaskan AMD

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpm.jpg
Final Liga Piala Menteri Pendidikan (KPM) bawah 14 tahun (B-14) pula menyaksikan rekod bersih tanpa kalah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akhirnya lebur di tangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Skudai dengan keputusan 3-1.

Pasukan daripada akademi bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memulakan saingan dengan langkah kanan apabila gerakan serangan balas membuka peluang jaringan untuk Muhammad Farish Haqiemi.

Bagaimanapun, AMD tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan, menerusi Ahmad Muzakif Fitri.

Namun, kesilapan mudah jentera tengah AMD memberi kelebihan buat lawan untuk konsisten menghasilkan tekanan dan menguasai permainan.




Sebelum babak pertama berakhir, sayap kiri Akademi JDT, Danny Firas, terus mengucar-kacirkan benteng pertahanan AMD dan membantu Zainul Ariffin meletakkan pasukannya 2-1 di depan.

Intensiti permainan meningkat di separuh masa kedua namun, AMD terpaksa menerima hakikat keputusan tidak memihak mereka apabila Muhammad Farish sekali lagi mendapatkan gol, untuk mengesahkan kemenangan mutlak Akademi JDT.
 

Advertisement

Must Watch Video