Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menjadikan pentas final Piala FA 2018 sebagai medan menguji sejauh mana kesediaan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menghadapi beberapa lagi acara besar selepas ini, termasuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.
Tiada sebarang komitmen diberikan MFL kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bahawa setiap aksi perlawanan akhir tahun-tahun mendatang akan terus berlangsung di Stadium Bukit Jalil.
Menurut, Ketua Pegawai Operasi MFL, Kevin Ramalingam, mereka akan melihat sejauh mana maklum balas dan kesan penganjuran selepas perlawanan akhir Piala FA.
Kali terakhir stadium tersebut menjadi tuan rumah kepada venue perlawanan akhir ialah Piala FA 2015.
"Tiada apa-apa perjanjian. Kami buat percubaan tahun ini. Tiada komitmen untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pun.
"Kami buat percubaan dahulu. Diharap ia berjalan lancar. Kalau semua berjalan baik, kita akan lihat untuk Piala Malaysia pula," kata Kevin.
Mengenai penganjuran Piala Cabaran yang bakal diperkenal kali pertama musim ini, Kevin menjelaskan format pertandingan akan dibahagi kepada dua kumpulan melibatkan lapan pasukan.
Belum sedia menamakan piala itu kepada satu nama khas sebagai usaha menarik penaja, beliau juga mengumumkan pengganti Kuantan FA akan dimuktamadkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Kami memanjangkan jemputan kepada FAM dan ia terpulang kepada FAM untuk menamakan wakil mereka.
"Piala FAM pun di bawah organisasi FAM juga. Jadi, jika FAM menamakan satu pasukan divisyen tiga pun, kami terima juga," kata Kevin lagi.