Erik ten Hag menjangkakan Raphael Varane akan kembali ke tahap kecergasan terbaik untuk ditampilkan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA menentang seteru setempat, Manchester City, pada Jun depan.
Varane dikeluarkan dalam separuh masa selepas mengalami kecederaan buku lali ketika United menentang Sevilla dalam suku akhir pertama Liga Europa (UEL) pertengah bulan ini, di mana The Red Devils kemudian tersingkir dengan kekalahan agregat 2-5.
Pasangan Varane di bahagian pertahanan tengah, Lisandro Martinez, turut terpaksa berehat sehingga penghujung musim ini gara-gara mengalami retak metatarsal dalam perlawanan sama, sekali gus memaksa Ten Hag merombak barisan pertahanannya dalam beberapa perlawanan lalu.
Dengan ketua pasukan, Harry Maguire, digantung perlawanan, Luke Shaw terpaksa bergandingan dengan Victor Lindelof di bahagian pertahanan tengah ketika United mengesahkan kemaraan ke final Piala FA buat kali ke-21 dengan menewaskan Brighton and Hove Albion dalam penentuan sepakan penalti perlawanan separuh akhir pada hujung minggu lalu.
United akan bertemu pasukan jiran yang sedang memburu gelaran 'treble', City, dalam aksi final Piala FA pada 3 Jun depan dan kem The Red Devils berharap Varane akan cukup cergas untuk diturunkan dalam penentuan itu.
Ditanya sama ada Varane berkemungkinan dapat diturunkan dalam final domestik kedua United musim ini atau tidak, Ten Hag berkata kepada talkSPORT: "Saya fikir, ya, Varane boleh kembali diturunkan dalam final Piala FA."

See you in June, @WembleyStadium ?#MUFC || #FACup pic.twitter.com/n5sdIora0V
— Manchester United (@ManUtd) April 23, 2023
Advertisement
Jadual
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM