PIALA FA MALAYSIA
Final Piala FA: Penyokong Selangor, JDT harap aksi berjalan lancar, tanpa provokasi
Rata-rata penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor berharap aksi final Piala FA Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku malam ini.
Ini susulan suhu pertemuan dua seteru itu tampak panas rentetan 'perang' di media sosial antara penyokong daripada dua kelab berkenaan ketika ini.
Pertemuan di SNBJ hari ini diharapkan dapat membantu menjernihkan hubungan antara penyokong JDT dan Selangor.
"Kami mahu permainan bersih, semestinya kemenangan pada JDT. Kami tidak pernah sampai, jadi kami datang awal untuk lihat suasana SNBJ," Ujar penyokong JDT.
Begitupun, penyokong kedua-dua pasukan sudah diberikan amaran oleh Pihak Berkuasa agar supaya tidak melakukan provokasi melampau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 2,488 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai jabatan akan dikerahkan bagi mengawal keselamatan sepanjang perlawanan.
"Masalah akan ada tapi kita kena sokong pasukan kita. Harap penyokong jaga tigkah laku harap tiada pergaduhan. Harap final ini untuk merapatkan hubungan dan bukan memisahkan lagi." Kata penyokong Selangor.
Sukan bola sepak menyatukan dan bukan untuk memecah belahkan.