PIALA FA MALAYSIA

Final Piala FA: Kami ada cita-cita, impian. Kami mahu kejar kejayaan -- Nidzam Jamil

Saufi Tahir 24/08/2024 | 11:05 MYT
Pengendali Selangor, Nidzam Jamil, mengakui kejayaan memacu Selangor ke final Piala FA Malaysia Edisi Ke-34 sebagai pencapaian terbaik dalam karier kejurulatihannya setakat ini.
Meskipun bakal turun dengan status 'underdog', Nidzam menggesa anak buahnya agar memanfaatkan peluang sebaik mungkin bagi menamatkan kemarau 15 tahun selepas kali terakhir 'The Red Giants' mengecap kejuaraan adalah pada edisi 2009.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Selangor telah mencetak 15 gol di samping lapan kali bolos dalam saingan Piala FA musim 2024/2025.
"Saya ia rasa bukan mengenai saya, tetapi ia adalah berkenaan pemain, pasukan dan penyokong yang agak positif untuk mencapai impian kami dan saya rasa itu tidak salah.
"Kami nak pastikan dapat beraksi dengan baik, kami ada cita-cita dan impian. Kami mahu kejar kejayaan.
"Ini pengalaman pertama saya, pengalaman pertama buat pemain, staf dan ramai lagi.
"Kami positif dan akan lalui dengan senyuman dan kegembiraan," katanya.
#bola sepak #Selangor #Nidzam Jamil #Final Piala FA
;