Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala FA Inggeris: Crystal Palace rangkul juara trofi utama kali pertama, musim gagal buat Man City?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

crystalpalace.jpg
Pemain kebangsaan Englang, Eberechi Eze, menjadi wira buat Crystal Palace yang berjaya memenangi kejuaraan utama dalam sejarah kelab selepas menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, di Stadium Wembley. 

Perlawanan akhir Piala FA Inggeris itu menyaksikan Palace menoktahkan kemenangan menerusi keputusa 1-0, sekali gus membuatkan anak buah Pep Guardiola sekali lagi terlepas merangkul gelaran tersebut dalam dua musim.

Di sebalik kebanggaan Crystal Palace mencipta kejutan, peminat The Cityzen mempertikai tindakan pengadil permainan yang tidak menghukum bekas penjaga gol Manchester United, Dean Henderson, selepas didakwa tangannya menyentuh bola di luar kotak penalti. 

Namun, bekas juara EPL musim lalu itu tetap tidak berjaya melunaskan peluang apabila sepakan penalti yang diambil Omar Marmoush ditepis oleh Dean Henderson. 

 

Palace adalah kelab Inggeris pertama memenangi kejuaraan utama pertama mereka sejak Wigan Athletic dalam Piala FA Inggeris 2012/13, yang turut menewaskan City pada perlawanan akhir tahun itu.

Secara keseluruhan, Manchester City sekadar memiliki koleksi Perisai Komuniti musim ini, tatkala terlepas mempertahankan status juara EPL kepada Liverpool dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Advertisement

Must Watch Video