Hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi final Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor.

Aksi final Piala FA edisi ke-34 bakal berlangsung malam ini, menyaksikan juara bertahan, JDT bertemu naib juara Liga Super musim lalu, Selangor.

Menerusi laman X Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), yang mengeluarkan ramalan cuaca petang ini dijangka hujan lebat dan ribut petir di Bukit Jalil.

Hujan dijangka berhenti dan cuaca akan kembali baik di sebelah malam menjelang sepak mula perlawanan.

Untuk rekod, JDT dalam misi mempertahankan kejuaraan manakala Selangor mencari peluang untuk kembali bergelar status juara Piala FA kali pertama sejak 2009.

Bagi para penyokong yang bakal ke Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan final malam ini, diharapkan mengambil langkah keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.